Jumaat, 24 Julai 2009

HILANGKAN STRES ANDA DENGAN SENAMAN

Stres atau tekanan boleh mendatangkan pelbagai masalah negatif kepada individu sama ada dari segi fizikal dan emosi. Jika dibiarkan berlarutan boleh mengundang risiko kepada masalah mental seperti kegelisahan dan kemurungan.

Kita mampu berusaha menangani tanda awalnya dengan menjana sikap positif melalui minda dan emosi.

Jadikan matlamat hidup kita untuk mencapai keseimbangan dan keharmonian hidup di dunia dan akhirat.

Amalkan gaya hidup sihat seperti bersenam secara teratur, tidur yang mencukupi, bercuti atau bersantai di hujung minggu, berurut untuk merehatkan minda dan badan, berkongsi masalah dengan seseorang yang memahami, hobi seperti memancing, merakam gambar, berenang mampu mengurang stres.

Bagi yang beragama Islam, membaca al-Quran adalah terapi terbaik untuk membuat jiwa menjadi tenang selain menunaikan solat sunat.


Hindari diri anda daripada stres...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan