Isnin, 14 September 2009

TAWARAN KEMASUKAN KE TINGKATAN 4 MAKTAB TENTERA DIRAJA

1. Tawaran Kemasukan ke tingkatan 4 Maktab Tentera DiRaja telah dibuka mulai 17 Ogos dan akan ditutup pada 25 September 2009.

2. Permohonan dibuka kepada pelajar lelaki warganegara Malaysia yang akan menduduki PMR 2009.

3. Permohonan boleh dibuat berdasarkan Peperiksaan Percubaan PMR 2009.

4. Sila Layari lamab web Maktab Tentera DiRaja di http://www.rmc.edu.my/ dan klik menu kemasukan MTD untuk syarat-syarat kemasukan dan muat turun borang kemasukan.

Jumaat, 11 September 2009

PERMOHONAN KEMASUKAN KE MAKTAB RENDAH SAINS MARA TINGKATAN 4 TAHUN 2010

Pelajar atau ibu bapa yang berminat boleh membuat permohonan mulai 28 September 2009 secara online.

A. SYARAT-SYARAT MEMOHON SECARA ONLINE:

Pelajar Bumiputera dan bukan Bumiputera yang lulus Peperiksaan Percubaan PMR 2009 dengan memperoleh sekurang-kurangnya lulus dalan subjek Matematik dan Sains.

B. CARA MEMOHON NOMBOR PIN:

1. Dapatkan nombor pin (secara percuma) di semua Pejabat MARA Negeri, Pejabat MARA Daerah dan Maktab Rendah Sains MARA mulai 28 September 2009 dengan membawa:
a. Salinan kad pengenalan
b. Salinan surat beranak
c. SalinanKeputusan Percubaan PMR 2009 yang telah disahkan

2. Pemohon mestilah mengisi semua maklumat yang diperlukan di dalam borang permohonan online serta memastikan borang tersebut dihantar secara online.

3. Pemohon mestilah menghantar cetakan borang online serta dokumen yang berkaitan ke alamat:

(Permohonan Ke Tingkatan 4)
Pengarah
Bahagian Pendidikan dan Latihan (Menengah)
Tingkat 19, Ibu Pejabat MARA
Jalan Raja Laut
50609 Kuala Lumpur

4. Tarikh tutup permohonan ialah 25 Oktober 2009

Kelebihan Menumpukan Perhatian Terhadap Pengajaran Guru




1. Mudah memahami, menguasai dan mengingat maklumat sesuatu topik yang dibincangkan.
2. Bermotivasi dan bersemangat untuk belajar.
3. Merasakan bahawa belajar satu perkara yang menyeronokkan.
4. Mengelakkan rasa bosan dan mengantuk di dalam kelas.
5. Merancang matlamat hidup.
6. Meningkatkan keyakinan diri.
7. Belajar untuk menghadapi peperiksaan.
8. Mengenali masalah belajar.

(Dipetik daripada majalah Fokus SPM Julai 09)

Khamis, 10 September 2009

Teknik Menghafal Secara Kreatif

Selalu lupa? Tak ingat apa yang dibaca atau hafal? Berikut adalah tip untuk anda ikuti supaya apa yang dihafal mudah untuk diingat.

1. Baca dan faham
2. Kenal pasti kata kunci
3. Tulis cerita kreatif
4. Lukis gambar ringkas

Contoh:

Fungsi wang ialah:
1. Alat perantaraan pertukaran (barter)
2. Alat unit ukuran nilai
3. Alat menyimpan nilai yang baik
4. Alat bayaran tertunda

Anda boleh mereka cerita berdasarkan 4 kata kunci seperti berikut:

' Sebuah trak tunda sedang menarik satu bekas butter untuk disimpan di Nilai. Pemandu sedang ukur panjang tali '

Kemudian lukis gambar ringkas untuk cerita.

PERMOHONAN KE PROGRAM MATRIKULASI KPM SESI 2010 / 2011

Makluman kepada pelajar yang telah mendapat no PIN tetapi masih belum membuat permohonan.

Tarikh tutup permohonan Program Matrikulasi KPM sesi 2010 /2011 ialah 10 OKTOBER 2009

Sila layari laman web Kementerian Pelajaran Malaysia http://www.moe.gov.my

Selasa, 8 September 2009

Prosedur Permohonan Murid Ke Sekolah Berasrama Penuh KPM Tingkatan 4 sesi 2010

1. Murid boleh membuat permohonan secara on-line melalui web KPM http://www.moe.gov.my/

2. Murid mencetak satu salinan permohonan.

3. Murid menyerahkan salinan permohonan kepada Pn Rohani (Guru Kaunseling) untuk disahkan kepada Pengetua.

4. Permohonan boleh dibuat mulai 1 September hingga 15 Oktober.