Khamis, 10 September 2009

Teknik Menghafal Secara Kreatif

Selalu lupa? Tak ingat apa yang dibaca atau hafal? Berikut adalah tip untuk anda ikuti supaya apa yang dihafal mudah untuk diingat.

1. Baca dan faham
2. Kenal pasti kata kunci
3. Tulis cerita kreatif
4. Lukis gambar ringkas

Contoh:

Fungsi wang ialah:
1. Alat perantaraan pertukaran (barter)
2. Alat unit ukuran nilai
3. Alat menyimpan nilai yang baik
4. Alat bayaran tertunda

Anda boleh mereka cerita berdasarkan 4 kata kunci seperti berikut:

' Sebuah trak tunda sedang menarik satu bekas butter untuk disimpan di Nilai. Pemandu sedang ukur panjang tali '

Kemudian lukis gambar ringkas untuk cerita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan