Isnin, 14 September 2009

TAWARAN KEMASUKAN KE TINGKATAN 4 MAKTAB TENTERA DIRAJA

1. Tawaran Kemasukan ke tingkatan 4 Maktab Tentera DiRaja telah dibuka mulai 17 Ogos dan akan ditutup pada 25 September 2009.

2. Permohonan dibuka kepada pelajar lelaki warganegara Malaysia yang akan menduduki PMR 2009.

3. Permohonan boleh dibuat berdasarkan Peperiksaan Percubaan PMR 2009.

4. Sila Layari lamab web Maktab Tentera DiRaja di http://www.rmc.edu.my/ dan klik menu kemasukan MTD untuk syarat-syarat kemasukan dan muat turun borang kemasukan.

Jumaat, 11 September 2009

PERMOHONAN KEMASUKAN KE MAKTAB RENDAH SAINS MARA TINGKATAN 4 TAHUN 2010

Pelajar atau ibu bapa yang berminat boleh membuat permohonan mulai 28 September 2009 secara online.

A. SYARAT-SYARAT MEMOHON SECARA ONLINE:

Pelajar Bumiputera dan bukan Bumiputera yang lulus Peperiksaan Percubaan PMR 2009 dengan memperoleh sekurang-kurangnya lulus dalan subjek Matematik dan Sains.

B. CARA MEMOHON NOMBOR PIN:

1. Dapatkan nombor pin (secara percuma) di semua Pejabat MARA Negeri, Pejabat MARA Daerah dan Maktab Rendah Sains MARA mulai 28 September 2009 dengan membawa:
a. Salinan kad pengenalan
b. Salinan surat beranak
c. SalinanKeputusan Percubaan PMR 2009 yang telah disahkan

2. Pemohon mestilah mengisi semua maklumat yang diperlukan di dalam borang permohonan online serta memastikan borang tersebut dihantar secara online.

3. Pemohon mestilah menghantar cetakan borang online serta dokumen yang berkaitan ke alamat:

(Permohonan Ke Tingkatan 4)
Pengarah
Bahagian Pendidikan dan Latihan (Menengah)
Tingkat 19, Ibu Pejabat MARA
Jalan Raja Laut
50609 Kuala Lumpur

4. Tarikh tutup permohonan ialah 25 Oktober 2009

Kelebihan Menumpukan Perhatian Terhadap Pengajaran Guru




1. Mudah memahami, menguasai dan mengingat maklumat sesuatu topik yang dibincangkan.
2. Bermotivasi dan bersemangat untuk belajar.
3. Merasakan bahawa belajar satu perkara yang menyeronokkan.
4. Mengelakkan rasa bosan dan mengantuk di dalam kelas.
5. Merancang matlamat hidup.
6. Meningkatkan keyakinan diri.
7. Belajar untuk menghadapi peperiksaan.
8. Mengenali masalah belajar.

(Dipetik daripada majalah Fokus SPM Julai 09)

Khamis, 10 September 2009

Teknik Menghafal Secara Kreatif

Selalu lupa? Tak ingat apa yang dibaca atau hafal? Berikut adalah tip untuk anda ikuti supaya apa yang dihafal mudah untuk diingat.

1. Baca dan faham
2. Kenal pasti kata kunci
3. Tulis cerita kreatif
4. Lukis gambar ringkas

Contoh:

Fungsi wang ialah:
1. Alat perantaraan pertukaran (barter)
2. Alat unit ukuran nilai
3. Alat menyimpan nilai yang baik
4. Alat bayaran tertunda

Anda boleh mereka cerita berdasarkan 4 kata kunci seperti berikut:

' Sebuah trak tunda sedang menarik satu bekas butter untuk disimpan di Nilai. Pemandu sedang ukur panjang tali '

Kemudian lukis gambar ringkas untuk cerita.

PERMOHONAN KE PROGRAM MATRIKULASI KPM SESI 2010 / 2011

Makluman kepada pelajar yang telah mendapat no PIN tetapi masih belum membuat permohonan.

Tarikh tutup permohonan Program Matrikulasi KPM sesi 2010 /2011 ialah 10 OKTOBER 2009

Sila layari laman web Kementerian Pelajaran Malaysia http://www.moe.gov.my

Selasa, 8 September 2009

Prosedur Permohonan Murid Ke Sekolah Berasrama Penuh KPM Tingkatan 4 sesi 2010

1. Murid boleh membuat permohonan secara on-line melalui web KPM http://www.moe.gov.my/

2. Murid mencetak satu salinan permohonan.

3. Murid menyerahkan salinan permohonan kepada Pn Rohani (Guru Kaunseling) untuk disahkan kepada Pengetua.

4. Permohonan boleh dibuat mulai 1 September hingga 15 Oktober.

Selasa, 4 Ogos 2009

SEJARAH SPM


PENCERAMAH PN SARIMAH BT ZAKARIA
SMK BESERAH KUANTAN.
MATA PELAJARAN ADDS MATHS

PENCERAMAH EN LAN FOO HUAT
SMK ALOR AKAR KUANTAN.

Isnin, 3 Ogos 2009

MATA PELAJARAN P. ISLAM

















Mata Pelajaran Pendidikan Islam Oleh Ust Abdillah B Mamat pada
27 Julai 2009 (Isnin) di dewan blok baru.

Jumaat, 24 Julai 2009

POGRAM PERSEDIAAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN SPM 2009 SUDAH BERMULA




24 Julai 2009 (Jumaat)
"Kemahiran perlu ada pada diri pelajar untuk menghasilkan karangan yang baik" antara intipati ceramah teknik menjawab Bahasa Melayu Kertas 1 SPM oleh En Mohd Nazir b Noh.


Pandangan pelajar (Muzammil, Hafiz, Remyzal, Abul Darda dan Luqman) :
  • Dapat meningkatkan penggunaan bahasa yang lebih khusus
  • Dapat mengetahui aspek-aspek penulisan karangan yang cemerlang

HILANGKAN STRES ANDA DENGAN SENAMAN

Stres atau tekanan boleh mendatangkan pelbagai masalah negatif kepada individu sama ada dari segi fizikal dan emosi. Jika dibiarkan berlarutan boleh mengundang risiko kepada masalah mental seperti kegelisahan dan kemurungan.

Kita mampu berusaha menangani tanda awalnya dengan menjana sikap positif melalui minda dan emosi.

Jadikan matlamat hidup kita untuk mencapai keseimbangan dan keharmonian hidup di dunia dan akhirat.

Amalkan gaya hidup sihat seperti bersenam secara teratur, tidur yang mencukupi, bercuti atau bersantai di hujung minggu, berurut untuk merehatkan minda dan badan, berkongsi masalah dengan seseorang yang memahami, hobi seperti memancing, merakam gambar, berenang mampu mengurang stres.

Bagi yang beragama Islam, membaca al-Quran adalah terapi terbaik untuk membuat jiwa menjadi tenang selain menunaikan solat sunat.


Hindari diri anda daripada stres...

Selasa, 21 Julai 2009

CORETAN BEKAS PELAJAR SMKTP


HONG HUI XIAN - 11 1A, 1 2A
Semoga semua pelajar sentiasa berusaha. Science stream boleh!


CHIANG YEE WEI - 7 1A, 5 2A

Harap pelajar akan belajar bersungguh-sungguh demi matlamat masa depan. Yang penting TINDAKAN bukan hanya kata-kata..


ZULHUSNI RAZIN B ISMAIL - 6 1A, 1 2A

Kebijaksanaan bukanlah diukur dengan beberapa banyak 'A' yang diperoleh tetapi diukur dengan berapa waras kita boleh berfikir.
  • Ilmu bukanlah hanya yang ada di dalam buku, pengalaman itu adalah ilmu dan perolehlah sebanyak yang mungkin.

  • Bukan senang nak senang, bukan susah nak susah. Semuanya terletak pada diri kita untuk memperoleh kejayaan.

Jangan lupa berdoa dan bertawakkal kepada Allah bagi yang beragama Islam

NG MENG HUI - 6 1A, 3 2A
Gunakan cara belajar masing-masing dengan teratur dan berfungsi supaya ada masa yang cukup untuk menjaga kesihatan sendiri.










HO YONG KANG - 5 1A, 6 2A
Harap semua pelajar berusaha untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM.










YAP CHENG MIN - 6 1A, 2 2A
Thanks to all my friends and teachers who helped me to pass through these tough and wonderful five years in SMKTP..









Isnin, 20 Julai 2009

KUNCI KEJAYAAN PELAJAR TERBAIK SPM 2008














Andrea Leong SENTIASA
  • berusaha untuk mencapai yg diingini (target sendiri)

  • mempunyai keinginan untuk berjaya

  • fokus dalam segala perkara

  • bersikap optimistik dalam mengharungi dugaan

PENANGAN 'BUAH BUNUH'


18 Julai 2009 (Sabtu) Rony Samosir (4S5) dan Mohd Abdul Malik (4A2) dari Kumpulan Silat Tangkis Suci SMKTP mempersembahkan 'buah bunuh'sebagai menyambut ketibaan YH Dato' Seri Peter Cheah dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan SMKTP.

Mendapat tempat ke 5 dlm pertandingan 'tempuh' di SMK Bukit Rangin, juga membuat persembahan di majlis kenduri kahwin. Teruskan aktiviti baik ini...

Khamis, 16 Julai 2009

'ERTI IKHTIAR HIDUP'



Slot 'Ikhtiar Hidup' dalam program Kem Kokurikulum yang diadakan di Casuarina Resort pada 11 Julai 09 (Sabtu) mengajar pelajar tentang erti realiti kehidupan, perlu berusaha dan mencari jalan bagi meneruskan kehidupan. Jika tidak kita akan gagal dan mati sebelum tiba waktunya....

Satu spesis siput yang terdapat di dalam hutan dan boleh dimakan. Nyalakan api terlebih dahulu.Siput dimasukkan ke dalam bara api. Setelah buih keluar, itu tanda siput telah sedia untuk dinikmati. Selamat mencuba....

TAKLIMAT PROGRAM MATRIKULASI KPM DAN PERMOHONAN SECARA ONLINE

Isnin, 13 Julai 2009

CERAMAH MOTIVASI DAN HALA TUJU JURUSAN SAINS TULEN

10 Julai 2009 (Jumaat)
En Alan Chin dan En Ethan Neo daripada Taylor Universiti College telah memberi suntikan motivasi kepada pelajar-pelajar tingkatan 5S1 dan 5S2. Mereka juga telah diberi pendedahan tentang peluang-peluang melanjutkan pelajaran di dalam dan luar negara dalam jurusan sains.

CERAMAH PENDIDIKAN KERJAYA

7 Julai 2009 (Selasa)
Tingkatan 5M1, 5M2 dan 5G telah diberi pendedahan tentang kerjaya dalam bidang Perakaunan, Pengurusan Perniagaan dan Teknologi Maklumat oleh En Heng Hua Teck dari Kolej Mantissa.





Selasa, 7 Julai 2009

Jumaat, 3 Julai 2009

Aktiviti Minggu Antidadah SMKTP,Kuantan

Pelajar-pelajar mendapat memperoleh banyak maklumat tentang bahaya dan penyalahgunaan dadah serta cara-cara pencegahan awal daripada terjebak dengan najis dadah. AADK daerah Kuantan turut memberi kerjasama untuk menjayakan Minggu Antidadah SMKTP dan mengendalikan ujian urine serta memberi ceramah antidadah yang amat berguna untuk para pelajar.

Program Kepimpinan Anjuran B&K dan Unit Ko Kurikulum



Peserta-peserta yang mengikuti Program Kepimpinan KOKO- Kursus Pengurusan Kelab dan Persatuan 2009. Tahniah diucapkan kerana telah mengikuti kursus ini dengan jayanya. Diharapkan anda dapat sentiasa mengekalkan wajah yang ceria dan semangat yang tinggi dalam menghadapi sebarang cabaran hidup anda sebagai Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari bagi Kelab dan Persatuan di SMKTP!




Maklumat terkini
1. Kem Bersepadu akan diadakan pada 10-12 Julai ini di Casuarina Beach Resort, Pekan.
2. 2 orang pelajar telah terpilih untuk menyertai Program Kem Permata Kasih - Citra Remaja Malaysia 2009

anjuran bersama JPN dan KPPKN di Agro Semuji Resort, Kuantan pada 6 hingga 8 Julai 2009. Mereka
ialah Lee Tze Hui dan Pua Soo Nge. Selamat Mengikuti Program....





Khamis, 2 Julai 2009

Permohonan online Matrikulasi
Manusia CEMERLANG fokus kepada kerja penting walaupun tidak seronok
sementara manusia LEMAH fokus kepada kerja seronok walaupun tidak penting
(Dr Shukri Abdullah)

It's Your ATTITUDE
Not Your APTITUDE
That Determine Your ALTITUDE
(Zig Ziglar)

KEJAYAAN bukan bermakna tidak pernah membuat kesilapan, tetapi mencuba sekali lagi dengan lebih baik setiap kali setelah membuat kesilapan.
(Dr Shukri Abdullah)

Rabu, 1 Julai 2009

Salam Sejahtera


Blog ini adalah sebagai wadah untuk warga SMK Tanah Putih berkongsi informasi berkaitan program-program yang dikendalikan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling, maklumat-maklumat terkini dan bertujuan memotivasikan pelajar dengan mengutarakan isu-isu, peristiwa-peristiwa semasa yang berlaku dalam kehidupan seharian serta yang berkaitan dengan pembelajaran di dalam mahu pun luar bilik darjah.