Jumaat, 11 September 2009

PERMOHONAN KEMASUKAN KE MAKTAB RENDAH SAINS MARA TINGKATAN 4 TAHUN 2010

Pelajar atau ibu bapa yang berminat boleh membuat permohonan mulai 28 September 2009 secara online.

A. SYARAT-SYARAT MEMOHON SECARA ONLINE:

Pelajar Bumiputera dan bukan Bumiputera yang lulus Peperiksaan Percubaan PMR 2009 dengan memperoleh sekurang-kurangnya lulus dalan subjek Matematik dan Sains.

B. CARA MEMOHON NOMBOR PIN:

1. Dapatkan nombor pin (secara percuma) di semua Pejabat MARA Negeri, Pejabat MARA Daerah dan Maktab Rendah Sains MARA mulai 28 September 2009 dengan membawa:
a. Salinan kad pengenalan
b. Salinan surat beranak
c. SalinanKeputusan Percubaan PMR 2009 yang telah disahkan

2. Pemohon mestilah mengisi semua maklumat yang diperlukan di dalam borang permohonan online serta memastikan borang tersebut dihantar secara online.

3. Pemohon mestilah menghantar cetakan borang online serta dokumen yang berkaitan ke alamat:

(Permohonan Ke Tingkatan 4)
Pengarah
Bahagian Pendidikan dan Latihan (Menengah)
Tingkat 19, Ibu Pejabat MARA
Jalan Raja Laut
50609 Kuala Lumpur

4. Tarikh tutup permohonan ialah 25 Oktober 2009

Tiada ulasan:

Catat Ulasan